Wednesday 19 October 2011

 

Jangan simpan duit..kertas and elektronik..

Dipetik dari email yang cekgudualogam cilok pada 19/10/2009

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun
akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4..75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan di dalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat."

"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank.Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford , org2 kuat IMF, Bank Dunia dan  segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan . Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.
Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN,BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. Emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US . Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak..

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin.'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia,dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse.. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.

Wallahualam

Regards,
Saiful Ngatmi

    Sunday 16 October 2011

    Assalamualaikum semua..
    Hujung minggu ni kawe habiskan masa bersama keluarga je kat rumah..sambil melayan keletah anak-anak yang semakin membesar.sekurang2nya hidup ni takla sunyi sangat dengan kehadiran mereka.
    Kalau xnak hidup anda sunyi,kawinlah cepat2 hehehe

    macam biasa entry yang bakal kawe publish jap lagi ni masih berkisar tentang emas..kerana cita2 terbaru kawe nak jadi tokey emas hehe jadi kepada kawan2 sila amimkan ye..

    pada malam yang hangat ni..menaip tanpa beralas..kawe nak bagitau bahawasanya kawe tengah pening cmna nak bukak hati masyarakat di luar sana betapa pentingnya menyimpan emas berbanding fiat (wang kertas).memang xdinafikan bahawa hari demi hari semakin ramai yang membuka mata tetapi tidak kurang juga yang 'tidur' dan masih menganggap fiat adalah harta yang paling berharga.

    Berdasarkan pemerhatian rambang kawe,terdapat beberapa kategori orang yg tidak sedar kepentingan menyimpan emas. Ini adalah pandangan peribadi kawe,tiada kajian khusus mengenainya.Harap maklum.

    Berikut kawe senaraikan ciri-ciri orang yang celik emas dan buta emas dan peringkat atau pun fasa yang akan dilalui mereka. Agak2 mana anda?

    Celik Emas
    1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak
    2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.
    3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula
    4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.
    5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.
    6.Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak  terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.
    7.Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.
    ” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”
    8.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.
    Sabda Nabi SAW
    “Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”
    -Riwayat At Tarmizi


    Kategori Peminat Emas
    1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas
    2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar  emas
    3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas
    4.Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya  jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

    Buta Emas
    1.Tidak tahu apa -apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.
    2.Pernah dengar  dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas
    3.Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.
    4.Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high (konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar  dan bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada caranya.
    5.Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)
    6.Tidak kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu  dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.
    Kesimpulannya,masyarakat harus celik emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
    Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad.Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.

    Jumpa lagi,
    Babai...

    Thursday 13 October 2011








    DIRI AMBO: PG code 014523
    kawe adalah Zuhaimi, asal dari Tumpat, Kelantan. Seorang cikgu di sekolah menengah di Endau Johor.Masih baru  berjinak dalam pelaburan emas.Tapi kawe tetap yakin pelaburan emas tidak merugikan, berdasarkan beberapa faktor berikut;

    1- Emas semakin tinggi nilainya sedangkan wang semakin rendah nilainya, Lo ni 10 rial skali gi make yah..
    Pelaburan emas tiada cukai kerajaan atau kos pengurusan, kita lah Pengurus Pelaburan, Kita boleh agak bila emas turun, jadi beli masa hargo rendah.
    2- Emas adalah kalis inflasi dan selamat, Emas tak macam duit, buleh diniaga secara maya jadi risiko adalah tinggi.
    3- Emas adalah aset yang terunggul dimana ia dikenali dan bernilai oleh seluruh umat manusia. Bawak la emas ke mana-mana seluruh dunia, ianya adalah bernilai dan laku, hinggakan penduduk di syurga pun memakai emas.
    4- Emas tidak boleh dimanipulasikan iaitu tidak boleh dicipta seperti tanah. Jadi, permintaanya semakin tinggi. Berbeza dengan pelaburan tanah,,modal pelaburan tanah adalah besar dan susah dibahagi-bahagikan sedangkan pelaburan emas mudah dibahagi-bahagikan. Nak bagi ko anok-anok pun senang..tak akan berlaku pergaduhan.
    5- Emas mempunyai banyak kegunaannya dalam dunia kini seperti cip computer, handphone dan sebagainya.Ini menyebabkan permintaan terhadap emas akan meningkat dan seterusnya harga emas akan terus meningkat. Jadi marilah kita sama-sama melabur dalam pelaburan emas untuk mengandakan keuntungan demi masa depan…tel atau sms kawe selaluh…..”

    Tuesday 11 October 2011

    EMAS PUBLIC GOLD VS EMAS KELUARAN LAIN- DENGAN IZIN CIKGU ZAIDI.


    Sekarang sudah banyak syarikat pelaburan emas di Malaysia yang lama atau pengeluar emas lain yang tumbuh setelah Public Gold melebarkan sayapnya hingga menubuhkan cawangan di kesemua negeri di Malaysia. Kita tidak patut tergesa-gesa dan terburu-buru untuk membeli emas syarikat pelaburan emas tertentu, di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Bagi anda yang baru ingin melibatkan diri dengan pelaburan emas ,di sini saya kongsikan perbandingan antara emas keluaran Public Gold dan keluaran emas pihak lain. Buat keputusan dengan bijak, pilihan ditangan anda. Saya di sini bersedia membantu anda.
    Kita mestilah menyemak dan menilai kelebihan sesuatu syarikat pelaburan tersebut dari beberapa faktor seperti :
    1. Keteguhan dan kesahan syarikat pelaburan emas sama ada berdaftar atau tidak, anugerah yang telah diperolehi,cawangan yang ada,sistem yang digunakan dan sebagainya.
    2. Spread harga emas. Harga emas yang murah tidak guna jika spreadnya tinggi, kerana apabila kita menjual emas ke syarikat pelaburan emas lain, harga emas itu akan dipotong       hingga 20%-30% daripada harga semasa. Ini merupakan satu kerugian besar bagi pemegang emas. Jadi, tempat terbaik untuk menjual emas yang anda sudah miliki, ialah di tempat asal anda membelinya. Oleh itu, ianya amat penting, apabila anda membeli sesuatu produk emas itu, pastikan ia boleh dijual semula kepada pihak tersebut dengan harga belian yang tingg(spread rendah), serta ketahui syarat-syarat jualan semulanya.
    3. Kemudahan membeli dan menjual emas tersebut. Kita boleh memaksimunkan keuntungan apabila dapat membeli emas secara online 24 jam terutamanya masa puncak iaitu pukul 8 malam hingga 6 pagi kerana pada waktu ini harga emas menaik mendadak atau menurun merudum kerana pada masa ini berlaku urusniaga di Negara eropah. Syarikat pelaburan yang mempunyai cawangan atau dealer adalah lebih baik kerana mengurangkan kos pengangkutan mengambil emas tersebut.
    4. Harga emas. Harga emas mengikut harga emas antarabangsa dan 24 jam adalah lebih baik dari harga statik dalam sehari atau seminggu. Apa gunanya harga emas murah tetapi statik ( tidak bergerak ),bilakah masanya kita nak menjual emas kita…tak kan beli emas sahaja tanpa menjualnya.
    5. Pendapatan sampingan. Sesuatu pelaburan adalah untuk mendapat keuntungan. Syarikat pelaburan emas yang memberi komisen yang lebih banyak atau lebih baik harus dipilih untuk mendapat pendapatan sampingan disamping pelaburan emas yang kita lakukan.
    6. Stok emas. Sesuatu syarikat pelaburan emas yang mempunyai kilangnya sendiri, akan sentiasa ada stok emas. Ini akan memaksimunkan keuntungan kita untuk membeli pada harga terendah dan system “ lock harga” 24 jam.
    7. Jaminan beli balik emas. Ini adalah perkara yang mesti di ambil kira juga. Ada juga syarikat pelaburan emas yang tidak membeli balik / memotong harga apbila emasnya calar,bengkok atau dibuang sarungnya. Jadi macam mana kita nak buat gadai.
    8. Ketulenan dan kebolehan mengadai emas. Pastikan emas yang kita beli dari syarikat emas tertentu tulen dan mempunyai sijil bersiri nombor dan boleh digadai.

    Setelah anda melihat perbandingan ini, saya pasti anda akan memilih emas Public Gold sebagai aset penjana kekayaan anda. Marilah sertai Public Gold bersama saya.
    Mari menyimpan emas, Nilai Wang Kertas Semakin Menyusut, Nilai Emas semakin tinggi, Emas adalah kalis inflasi dan penyelamat bila berlaku inflasi. Jual beli emas mampu membuat keuntungan dalam jangka masa yang singkat. Mari bersama saya kita bina Empayar Emas PG. Saya akan kongsikan dengan anda cara memaksimumkan keuntungan dan bagaimana untuk memanipulasi peluang yang ada untuk menggandakan emas yang anda ada. Saya sekadar berkongsi beberapa persoalan dari rakan-rakan yang sedang menyiasat syarikat manakah yang paling sesuai dan yang menguntungkan pelanggan. Jadi di harap maklumat/pandangan peribadi di atas diharap sedikit sebanyak membantu mereka yang tercari-cari hala tuju di dalam Portfolio Pelaburan Emas. 


    Monday 10 October 2011

    BERITA TENTANG EMAS DI AKHBAR




















                                                                                  

    Friday 7 October 2011

    PELABURAN EMAS: HIGH RETURN LOW RISK



                                                                                                             



    Anda pernah mendengar harga emas jatuh ?ADE TP JARANG2..DAN KEJAP JER..PASTU TU NAik MENCANAK...anda pernah mendengar orang rugi menyimpan emas? TIDAK...Anda pernah mendengar Kedai Emas rugi? TIDAK...jika semua   soalan di atas jawapannya TIDAK, maka anda membuat pilihan yang tepat jika memilih  melabur di dalam EMAS…       
            
    Anda perlu menyimpan EMAS kerana :     
    1) EMAS ADALAH PASARAN SEDUNIA
    2) EMAS ADALAH KEKAYAAN SEBENAR.
    3) EMAS BERNILAI UNTUK SELAMA-SELAMANYA.

    ~ Contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar emas.
     ~Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu , harga seekor kambing ialah 1 dinar emas.Rasanya boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar kini ? Jawapannya ...ya ,boleh!









    4) HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA  MASA PANJANG
    5) ASET YANG TERUNGGUL
    6) Nilai wang kertas jatuh akibat inflasi 
    · Di dalam jangka masa panjang , wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah ,cth: 1970an,belanja pelajar sekolah 20sen ke 30 sen shj, cukup untuk membeli nasi dan air ...kini ? RM 2 –RM 5 untuk membeli barang yang sama .


    Pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana & panjang (setahun ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!



    Wednesday 5 October 2011

    kenapa perlu menyimpan emas?

    Barangkali ramai yang musykil kenapa kita perlu menyimpan emas.Berdasarkan hasil pemahaman saya menerusi pembacaan,terdapat beberapa sebab yang kukuh kenapa emas wajar disimpan. Jom kita baca kat bawah:
    1. Emas nilainya sentiasa meningkat.
    Berbeza jika anda beli kereta, kereta nilainya akan menurun. Beli kereta harga dalam 50k, tak habis bayar lagi dah turun jadi 30k. Kalau beli emas, nilainya tetap akan meningkat dalam jangka masa sederhana dan panjang. Sebagai contoh emas pertama 20g saya beli pada bulan April lalu harganya 3,172.00 dan sekarang ketika entry nih ditulis dah meningkat harganya ke 3,379.00. Kan untung tu. Money makes money. Bagaimana kira ROI emas boleh rujuk post ini.

    2. Emas sesuai untuk orang muda yang baru bekerja. Macam saya.(Muda ke saya? hehehe)
    Sebab apa? Sebab masa muda nilah komitmen tak banyak. Bad debt masih tak banyak. Kecualilah gaji anda digunakan untuk bergaya sakan dengan kereta baru aka liabiliti aka bad debt anda. Parah beb. Menurut buku hasil tulisan Pakdi kereta ni umpama kanser kewangan. Cuba fikir kalau dah kahwin nanti, macam-macam yang perlu dibeli untuk keperluan hidup. Tambah kalau ada anak nanti. So cara saving terbaik sebelum masuk ke alam rumahtangga adalah pakai kereta 2nd tapi ok dan simpan emas. Macam aku sendiri dah terlanjur beli kereta baru,nyesal pun xguna beb.
    3. Emas boleh dipajak ketika kecemasan
    Yang nih sesuai untuk emas sebagai aksesori sebab kalau emas dalam bentuk bar buat masa sekarang bank dah tak terima untuk dipajak. So pada saya, better beli dan simpan jer. Simpanan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Kalau jangka pendek tak boleh nak maximize keuntungan. Silap langkah anda boleh rugi.

    4. Emas mudah disimpan
    Kalau simpan takat dua tiga ketul tu selit celah peti ais pon boleh. So tak perlu risau wang anda hilang dalam bank mahupun dimakan inflasi. Kalau simpan duit kertas celah peti ais, kalau tak kena gigit tikus dan lipas, pasti dimakan inflasi.

    5. Emas sebagai starting instrument untuk pelaburan yang lain.
    Kalau anda nak invest dalam hartanah, bolehlah simpan emas sebab at least anda ada satu instrument yang boleh elak inflasi. Emas antara pelaburan yang boleh dikatakan low risk kalau kena pada produknya. Tapi bagi saya tak perlu convert semua wang anda kepada emas. Bagi saya cukup sekadar 20% ke 30% supaya senang ketika kecemasan nanti ada cash money(patut ada tabung kecemasan). Create objektif pelaburan anda atau senang citer buat entry dengan exit point anda. Tetapkan bila anda nak merasa keuntungan simpanan emas anda.

    Itu sahaja buat masa ni. Apapun tepuk dada dan poket anda. Banyak lagi pelaburan yang ada di Malaysia ni. Tidak semestinya emas boleh menjadikan anda kaya. Yang penting dapatkan ilmunya dahulu. Dah ada ilmu barulah anda labur wang anda. Tak kiralah emas, hartanah, UT, stock market dan sebagainya. Kalau takde ilmu silap langkah leburlah duit anda kat skim2 yang too good to be true. Bak kata rich dad “the best investment is invest in yourself”.
    Salam petang Rabu.