Wednesday 5 October 2011

kenapa perlu menyimpan emas?

Barangkali ramai yang musykil kenapa kita perlu menyimpan emas.Berdasarkan hasil pemahaman saya menerusi pembacaan,terdapat beberapa sebab yang kukuh kenapa emas wajar disimpan. Jom kita baca kat bawah:
1. Emas nilainya sentiasa meningkat.
Berbeza jika anda beli kereta, kereta nilainya akan menurun. Beli kereta harga dalam 50k, tak habis bayar lagi dah turun jadi 30k. Kalau beli emas, nilainya tetap akan meningkat dalam jangka masa sederhana dan panjang. Sebagai contoh emas pertama 20g saya beli pada bulan April lalu harganya 3,172.00 dan sekarang ketika entry nih ditulis dah meningkat harganya ke 3,379.00. Kan untung tu. Money makes money. Bagaimana kira ROI emas boleh rujuk post ini.

2. Emas sesuai untuk orang muda yang baru bekerja. Macam saya.(Muda ke saya? hehehe)
Sebab apa? Sebab masa muda nilah komitmen tak banyak. Bad debt masih tak banyak. Kecualilah gaji anda digunakan untuk bergaya sakan dengan kereta baru aka liabiliti aka bad debt anda. Parah beb. Menurut buku hasil tulisan Pakdi kereta ni umpama kanser kewangan. Cuba fikir kalau dah kahwin nanti, macam-macam yang perlu dibeli untuk keperluan hidup. Tambah kalau ada anak nanti. So cara saving terbaik sebelum masuk ke alam rumahtangga adalah pakai kereta 2nd tapi ok dan simpan emas. Macam aku sendiri dah terlanjur beli kereta baru,nyesal pun xguna beb.
3. Emas boleh dipajak ketika kecemasan
Yang nih sesuai untuk emas sebagai aksesori sebab kalau emas dalam bentuk bar buat masa sekarang bank dah tak terima untuk dipajak. So pada saya, better beli dan simpan jer. Simpanan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Kalau jangka pendek tak boleh nak maximize keuntungan. Silap langkah anda boleh rugi.

4. Emas mudah disimpan
Kalau simpan takat dua tiga ketul tu selit celah peti ais pon boleh. So tak perlu risau wang anda hilang dalam bank mahupun dimakan inflasi. Kalau simpan duit kertas celah peti ais, kalau tak kena gigit tikus dan lipas, pasti dimakan inflasi.

5. Emas sebagai starting instrument untuk pelaburan yang lain.
Kalau anda nak invest dalam hartanah, bolehlah simpan emas sebab at least anda ada satu instrument yang boleh elak inflasi. Emas antara pelaburan yang boleh dikatakan low risk kalau kena pada produknya. Tapi bagi saya tak perlu convert semua wang anda kepada emas. Bagi saya cukup sekadar 20% ke 30% supaya senang ketika kecemasan nanti ada cash money(patut ada tabung kecemasan). Create objektif pelaburan anda atau senang citer buat entry dengan exit point anda. Tetapkan bila anda nak merasa keuntungan simpanan emas anda.

Itu sahaja buat masa ni. Apapun tepuk dada dan poket anda. Banyak lagi pelaburan yang ada di Malaysia ni. Tidak semestinya emas boleh menjadikan anda kaya. Yang penting dapatkan ilmunya dahulu. Dah ada ilmu barulah anda labur wang anda. Tak kiralah emas, hartanah, UT, stock market dan sebagainya. Kalau takde ilmu silap langkah leburlah duit anda kat skim2 yang too good to be true. Bak kata rich dad “the best investment is invest in yourself”.
Salam petang Rabu.

                                                                          

7 comments:

  1. Peargh.... bisa beb, wa nak buat karangan macam ni payah. Nanti wa nak cilok. hehehe.

    ReplyDelete
  2. setuju..emas mmg pelaburan ms depan kitaa...jom kita melabur emas

    ReplyDelete
  3. cilok atas cilok tu bro hehe

    ReplyDelete